Sunday, 26 October 2014

NOTA

Lazada Malaysia

Ciri Nota  Yang Baik

-         * Mengandungi rangka kasar sahaja
-        *  Terdiri daripada idea utama
-       *   Menggunakan kata kunci
-        *  Nota disemak / Idea tidak tertinggal
-        *  Ada Nota tambahan di kiri
-         * Ada Lakaran  dan grafik
-          *Catatan terang dan mudah dibaca

         Mengapa perlu Membuat nota ?
1.    Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
2.     Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
3.    Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
4.    Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
5.    Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
6.    Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

FAEDAH PETA MINDA MEMBANTU  ANDA
Ø  Mengambil nota dalam kelas atau dari  teks bacaan
Ø  Ulangkaji cepat dan berkesan
Ø  Menjimatkan masa
Ø  Fokus berkesan
Ø  Lebih menarik, indah dan berseni



KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Ciri-ciri Nota
<  Mengandungi isi-isi penting mengunakan ayat sendiri.
<  Terang, jelas, kemas dan mudah dibaca.
<  Ditulis dalam buku catatan mengikut mata pelajaran.
<  Diolah dalam bentuk isi tanpa ayat panjang.
<  Menggunakan pen berbagai warna untuk menarik perhatian ketika membaca.
<  Menyediakan kad-kad nota untuk dibawa berjalan.
<  Dikemaskini dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment