Sunday, 14 December 2014

Paedophilia.. semua ibu bapa perlu tahu....(from :Adlil Rajiah)



Adlil Rajiah



Paedophilia - Semua ibu bapa patut TAHU!

Ok topik hari ni serius sikit.
Sebab memang semua parents amat perlu ambik tahu pasal ni.
Dan aku sebenarnya dah agak lama jugak nak tulis pasal benda ni.
Cuma asyik bertangguh dan ambik masa.
Sebab kita ni, kalau nak tulis sesuatu yang untuk bahan rujukan orang lain,
kita sendiri kena buat banyak rujukan dulu.
Betoi?

Oh by the way.
Aku dah sihat heheh.
Not fully recovered lagi la tapi. Mungkin 78.6% recovered beheh.
Suara still macam wan maimunah.
Nafas masih tersekat-sekat di kala gerimis.
Biasa lah. Aku ni dah di tahap severe asthma kot.
T_____T

But takpe.
Lagi lama lagi banyak dosa terhapus insyaAllah.
Husnuzonni terhadap tuhan. Sebab tuhan tu tak pernah kejam.
Kan?
:)

Terima kasih kepada yang sudi mendoakan.
Bagi tips-tips kesihatan dan sebagainya.
Paling tak tahan ada yang wassapp,

"Semoga cepat sembuh Ji. Akak faham keadaan awak. Awak gemuk pun sebab steroid consumption kan?"

Gagagagagagaga!
Ada betul apa akak tu cakap.
Tapi saya baru je telan ciken foldover lima ketul.
Tu kira steroid jugak ke camane?
;D

Ok balik ke topik asal.
Tah kemana-mana kau melalut kan.

PAEDOPHILIA.
What is paedophilia?


Paedophilia atau paedophile,
adalah satu spesis manusia yang rare.
Diorang ni kalau tengok budak-budak,
akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.

Scary kan?
Scary gila.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.
Memang ada dan memang wujud.

Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.
Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"

80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.
-______-

Most of us tak aware pasal ni.
Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,
kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,
kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,
kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,
kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.
Tak faham how can all this happen.
Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.
Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,
tak macam orang-orang normal yang lain.
Tengok gambar-gambar contoh di bawah.

Photo credits: Google images

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.
That's it.

So apa yang kita boleh buat?
Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.
Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.
Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile.
-______-

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah,
MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.
Contoh paling mudah,
SOCIAL MEDIA.

FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media.
Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.
Semua anak pun comel.
Kan?

Tapi jaga privasi mereka.
Anak lelaki mahupun anak perempuan.
Jaga.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,
those photos are high-risk photos.
Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.
Lagi comel lagi geram.
You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh.
Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kott gambar anak aku tengah mandi.
Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind,
pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,
boleh jadi SESIAPA SAJE
termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.
But to pedophiles.
They get SEXUALLY AROUSED.
Beza kan, comel dengan sexually attractive?
Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,
ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,
and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat,
walau se-private mana pun social media kita,
it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,
kena culik dulu,
kena bunuh dulu,
 baru nak stop publish la?
Hmm?

Act now.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Kan?


These are 12 safety rules
yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.
Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasisekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

 NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.
Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.
But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.
Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.
Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. 
Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.
There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang(dewasa).
Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.
Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy. 
Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile,
atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile,
 terus call ChildLine 15999.
Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.
Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.
And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.
Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.
Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,
DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,
ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal,
tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.

p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak.
Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.

Saturday, 13 December 2014

Bahagia....( from WhatApps group)


BAHAGIA ITU SEDERHANA.
 
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.
🍇🍇
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan meng iron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.
🍒🍒
Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar.
💥💥
Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.
💥💥💥💥💥💥💥💥💥
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah
mengirimkannya kepadaku.
🌼🌱🌼🌼🌱🌼🌼🌱
Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.
🌱🌱🌱
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.
🌱🌱🌱
Ayuh kite sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tnpa brfkir hikmah di sebaliknye...

Semoga yang di pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan  kedamaian.aaminn
 kongsilah dgn group lain utk manfaat kita bsama...

Tazkirah....dari group whatApps

Assalam semua...sekadar renungan bersama...

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
·
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
·
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.
·
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
·
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
·
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri tertegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".
·
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".
Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
···
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
···
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
···
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.
saudaraku molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri sifat mazmumah walau sehebat mana kita.Sebab sume manusia itu sama...moge dpt mmbri mnfaat kpd dri sya n utk sume...in syaa Allah
Wallahualam....

Semoga bermanfaat buat kita bersama.

Tazkirah.... dari group whapApps

Tazkirah..
untuk diri saya sendiri dan saya sampaikan buat sahabat2 -mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu utk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
..........................................
 Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
..........................................
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
..........................................
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
..........................................
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
..........................................
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
..........................................
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
..........................................
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
..........................................
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
..........................................

Insya Allah

Sunday, 30 November 2014

kertas...

K E R T A S  YG
T A K  S E M P A T
D I B A C A

Kehidupan ini adalah
seperti kertas📄,
dilipat 📃,
simpan 📂, koyak dan kemudian dibuang 🚮.

Dunia semuanya
Seperti kertas📄.
Ramai yang bersedih,
Bangga,
Malu dan
Gembira
Kerana KERTASNYA📄.

Kerana kertas📄
manusia dipuji,
Kerana kertas📄
manusia dipuja,
Kerana kertas📄,
manusia dihina,

Kerana kertas📄
manusia terpisah..
Kerana kertas📄
manusia berkuasa..
Kerana kertas📄
manusia merana.


Sijil Kelahiran - Kertas📄
Sijil Penghargaan - Kertas📄
Sijil Kelulusan - Kertas📄
Sijil Kahwinan - Kertas📄
Ijazah - Kertas📄
Buku akaun - Kertas📄
Saman - Kertas📄
Tesis - Kertas📄
Passpot - Kertas📄
Sijil perubatan - Kertas📄
Jemputan kawin - Kertas📄
Duit - Kertas📄

Hanya satu kertas📄
yang DIMILIKI seseorang
tetapi TIDAK DAPAT
DILIHATNYA sendiri...

Sijil MATInya........

TAZKIRAH...

Sedikit Tazkirah
Utk perkongsian:
(pembakar semangat)
 Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)
 Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)
 Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)
 Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)
 Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)
 Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "   (At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh..Banyakkan bsabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa... moga2 kita menjadi Insan Yang Bertakwa ^^

renung dan fikirkan...

Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Friday, 21 November 2014

MOTIVASI

Perkongsian...sumber dari rakan 'whatApps

Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Allah
Bacalah cukup menginsafkan

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

Share lah digroup lain... ayuh kita istiqamah dlam amalan  kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah... bersama amar maaruf nahi mungkar..

Friday, 14 November 2014

Padang Mahsyar...

Seram sejuk bila baca ;        
DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR          =======================================

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.        

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.        

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.        

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.      

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
       
12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.        

Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan;        
①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan orang lain tidak membaca.        
②. Menyebarkan ke-teman Anda yang lain dengan meng-Klik ‘‘BAGIKAN’’ agar orang lain ikut termotivasi dan Insya Allah Anda mendapat PAHALA.          ‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala...’’      
Sebar sebarkan..........
#AllahuAkbar

NERAKA...

KELUASAN NERAKA YANG AMAT DAHSYAT

1. Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat.

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

8. Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.

9. Didalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta itu mengandungi lautan racun yan
    hitam pekat.

10. Juga dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.

11. Setiap rantai DISERET oleh 70,000 MALAIKAT.
      - Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 159.
     ''Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah
      kami turunkan dari keterangan- keterangan dan petunjuk hidayat,
     sesudah kami menerangkannya kepada manusia didalam Kitab
     Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian  makhluk''.

#Sebarlah kerana Allah
✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita.

Friday, 31 October 2014

MARAH!!!!

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

Kongsi bersama

baca sikit....

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol.
 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
 SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI


3 Perkara....

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :        
          1. Waktu         
          2. Kata-kata      
          3 . Kesempatan        
         
 Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :        
          1. Kemarahan       
          2. Keangkuhan      
          3. Dendam  
         
 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :      
          1. Harapan        
          2. Keikhlasan        
          3. Kejujuran        
         
 Ada 3 Hal yg paling berharga :        
          1. Kasih Sayang ..        
          2. Cinta         
          3. Kebaikan        
         
 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :        
          1. Kekayaan  ..      
          2. Kejayaan         
          3. Mimpi         
         
 Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :        
          1. Komitmen        
          2. Ketulusan        
          3. Kerja keras        
         
 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad        
          2. Kemahuan        
          3. Fokus
         
 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
         1. Rezeki ..        
          2. Umur       
          3. Jodoh         
         
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :    
          1. Tua         
          2. Sakit         
          3. Kematian.  
         
Ya Allah, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..        
         
Kirimlah kpd insan2 yg kamu ingati 
lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
الرمان
delima
الروب
yogurt
الثوم
bawang putih
البصل
bawang besar
الشاي الأخضر
teh hijau
الشوفان
oat
القرع
labu
البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit :
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
 ـــــــــــــــــــ  ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق
empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas
** Kalau anda kagum dengan kalimah kalimah ini , jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan anda dan kepada orang yang anda kasihi..

Wednesday, 29 October 2014

Berkongsi cerita...dari kumpulan WhatsApp

Salam...
Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Semoga bermanfa'at.
"Sharing is caring ..."

Lazada Malaysia

Monday, 27 October 2014

Kisah Rasullullah S.A.W

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.

           Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat. Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid. Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata:

"Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah akusampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak di sembah". Rasulullah S.A.W. berkata: "Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan , akan dibenarkan oleh semua para sahabat. Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu.... Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....silabangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia". Ketika itu semua sahabat diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda". Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. lalu dia berkata: "Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa- apa". Rasulullah S.A.W. berkata: "Ceritakanlah wahai Akasyah". Maka Akasyah pun mula bercerita: "Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu
engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada
belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah". Mendengar yang demikian, terus
Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku
pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi,
Akasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!". Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!" Akasyah tidak menghiraukan semua itu Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah. Bila Bilal eminta cemeti tersebut dari
Fatimah, maka Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul
Rasulullah". Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: "Kenapa Akasyah hendak pukul
ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab: " Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua". Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah. Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan
menuju mimbar. Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata:
  "Wahai Akasyah! kalau kamu ,,,hendak pukul, pukullah aku.......aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan.Akulah temannya di kala suka dan
duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu bakar!....ini bukan urusan kamu.Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan......lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya
berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka
mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....". Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Umar! Ini
urusan antara aku dengan  Akasyah". Akasyah mara lagi kehadapan.......tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W. Dia menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah". Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah" . Akasyah mara lagi kehadapan......tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan  meronta. "Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........Datuk kami  sedang sakit........pukullah kami wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik". Lalu Rasulullah S.A.W berkata:  "Wahai cucu-cucu kesayanganku!  duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar,  dengan tegasnya Akasyah berkata:  "Macam mana aku hendak pukul
engkau ya Rasulullah! Engkau  duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul
engkau, maka turunlah ke bawah  sini". Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi: "Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya  Rasulullah". Tanpa berlengah, dalam keadaan  lemah......Rasulull ah membuka
baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan. Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada kamu". Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk di pukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.
Rupa-rupanya sambil Akasyah  menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya.
Sambil berteriak menangis,  Akasyah berkata: "Ya Rasulullah, ampunkanlah aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan
api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah". Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah". Semua sahabat tidak dapat.  menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk  Rasulullah S.A.W.
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA PADA KASIH KITA PADA NABI MUHAMMAD SAW...AMIN
SEBARKAN WALAU SATU AYAT.



Sunday, 26 October 2014

NOTA

Lazada Malaysia

Ciri Nota  Yang Baik

-         * Mengandungi rangka kasar sahaja
-        *  Terdiri daripada idea utama
-       *   Menggunakan kata kunci
-        *  Nota disemak / Idea tidak tertinggal
-        *  Ada Nota tambahan di kiri
-         * Ada Lakaran  dan grafik
-          *Catatan terang dan mudah dibaca

         Mengapa perlu Membuat nota ?
1.    Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
2.     Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
3.    Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
4.    Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
5.    Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
6.    Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

FAEDAH PETA MINDA MEMBANTU  ANDA
Ø  Mengambil nota dalam kelas atau dari  teks bacaan
Ø  Ulangkaji cepat dan berkesan
Ø  Menjimatkan masa
Ø  Fokus berkesan
Ø  Lebih menarik, indah dan berseni



KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Ciri-ciri Nota
<  Mengandungi isi-isi penting mengunakan ayat sendiri.
<  Terang, jelas, kemas dan mudah dibaca.
<  Ditulis dalam buku catatan mengikut mata pelajaran.
<  Diolah dalam bentuk isi tanpa ayat panjang.
<  Menggunakan pen berbagai warna untuk menarik perhatian ketika membaca.
<  Menyediakan kad-kad nota untuk dibawa berjalan.
<  Dikemaskini dari masa ke semasa.